Dalam beberapa hari ini saya terlepas pandang beberapa artikel yang dibawakan oleh saudara Hamdi Hanapi dalam blognya yang bertajuk "Akal Muda". Saya ingatkan, semua pembaca mesti kenal dan arif akan perihal kegiatan saudara Hamdi, terutamanya dalam kolumnya di Akbar Mahasiswa. Tapi persoalan yang diajukkannya tetap bermain di kepala saya sendiri, dan saya rasa adalah perlu untuk saya meluahkan serba sedikit apa yang terpendam dalam sanubari saya akan kepada isu ini.
Jadi dalam satu senario yang digambarkan oleh saudara Hamdi, beliau menulis dua buah artikel dalam blognya, dimana ianya bertajuk "Universiti Apeks" (terjemahan daripada ayat bahasa Inggeris 'University Apex' yang memberi makna "puncak tertinggi universiti" jika dilihat dari segi literal translation) dan juga "Fantasi Pembudayaan Universiti". (Dua buah artikel yang berbeza tetapi mempunyai satu 'common link' yang menghubungkaitkan kedua dua isu)
Dalam ini saya berpendapat bahawa bagi menukar mana mana budaya yang sedia ada, sepatutnya semua pihak dalam universiti, samada pelajar, staf sokongan, para pensyarah mahupun para pentadbir universiti itu sendiri.
Namun yang demikian, saya juga berpendapat bahawa satu consensus patut dicapai di antara para pentadbir dengan para mahasiswa (wah, penuh aura ayat ini!) untuk menentukan hala tuju dasar universiti terbabit. Bukan apa, tapi seharusnya mana mana universiti itu seharusnya 'boleh' membuat penilaian kendiri (seperti yang dipaparkan di http://akalmuda.blogspot.com yang bertajuk "Universiti Apeks") dan juga boleh membentuk imej kendirinya mengikut keperluan semasa, ataupun menangkis "cultural abrasion" untuk terus menjana golongan graduan yang dikehendaki mengikut acuan yang dipersetujui sekian lama di antara golongan mahasiswa dan para pentadbir universiti.
Namun yang demikian, saya juga berpendapat bahawa sepatutnya tiada unsur politik dalam mana mana institusi pengajian tinggi (ataupun setidak tidaknya biarkanlah ianya dalam keadaan yang minima) di Malaysia. Mungkin pendapat saya ini bah dilabelkan sebagai "utopian", tetapi saya rasa sememangnya boleh dicapai.
Saya berpendapat bahawa universiti seharusnya menjadi satu medan eksperimen dan percubaan bagi membenarkan para mahasiswa untuk mengubahsuaikan diri dan juga mentaliti mereka untuk berkhidmat kepada ummah (masyarakat dan umat manusia termasuk), yakni berorientasikan konsep "service to humanity". Sememangnya saya merasakan, jika bukan universiti, takkan nak biarkan mahasiswa menggubah pendirian di alam pekerjaan di luar sana?
Ya, sememangnya saya boleh dilabelkan sebagai seorang "idiot" kerana tidak berfikiran realistik, di mana duit (uwang dalam istilah indonesia) menjadi penjana dan penggerak kepada apa apa keadaan di dunia. Saya tidak menafikan bahawa wang itu penting, tetapi konsep pembangunan itu sendiri = "development" haruslah di kaji semula (re-examined and re-studied).
Bukan kerana apa, tetapi dalam minda mahasiswa mahasiswa Malaysia kini, elemen "scholarlistic culture" (budaya berasaskan mahasiswa) telah mati disebabkan sikap materialistik ramai mahasiswa generasi awal, dan juga kebobrokan sistem pelajaran (di sekolah menengah, khasnya) dalam membentuk diri mahasiswa itu sendiri.
Sebagai seorang guru pelatih, saya terpanggil untuk menawarkan perpepsi bahawa meskipun di institut-institut perguruan, keadaan yang lebih kurang sama atau lebih teruk berlaku, dan sememangnya ada juga para guru pelatih itu yang juga patut dipersalahkan walhal kebanyakkan polisi memang didukung dan dilaksanakan oleh pihak pentadbir itu sendiri. Adakah yang ini bermakna keadaan sudah menjadi satu tahap di mana tidak boleh diselamatkan lagi?
Jangan terpedaya, kerana ini bukan satu "rant". Saya merasakan bahawa dalam pembentukan mana mana insan, seharusnya "the overview blueprint" harus dikemukakan dahulu. Apa yang saya maksudkan di sini ialah mahasiswa itu sendiri seharusnya dapat membuat satu pelan biru kendiri bagi membolehkan mereka sendiri untuk mengorak langkah sendiri. Dalam perihal ini, universiti memainkan peranan sebagai institusi pemangkin pencanaan perkembangan mahasiswa. Jangan dilupakan, falsafah pendidikan negara menekankan perkembangan dan pemantapan dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.
Amat bergaya katanya, namun jika ditanya, adakah mahasiswa mahasiswa dan institusi pengajian tinggi yang ada dalam negara kita berbuat demikian? Ataupun seperti mana yang berlaku di negara kita (saya meminjam ayat) mahasiswa kita 'dilembukan' dengan dogma kehidupan yang meleret?
The Price of plagiarism
-
In an earlier last blog I got started on the topic of plagiarism -
intellectual theft or the lack of oginality. This whole phenomenon seems to
be a plague ...
11 years ago
No comments:
Post a Comment